Monday, August 1, 2011

Bertarawih di Stadium Sultan Muhammed IV


Pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV dekat sini, sekali lagi menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan solat sunat tarawih sempena Ramadan ini.

Lebih 1,000 umat Islam terdiri daripada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dan golongan tua membanjiri khemah besar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi menunaikan solat Isyak seterusnya bertarawih.

Pendekatan yang digunakan oleh pihak berkuasa tempatan itu adalah untuk menarik golongan remaja menghayati kelebihan Ramadan dan bersama-sama menunaikan solat sunat tarawih di sini

 Selain itu, ia dapat menonjolkan kepada golongan belia bahawa solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan kita berusaha untuk melakukannya dan ini membuktikan bahawa ajaran Islam itu sebenarnya mudah untuk diikuti jika ada keikhlasan dalam diri

Imam didatangkan khas dari Asia Barat dengan bacaan yang merdu dan jelas mampu memberikan suasana seperti di Tanah Suci.Gaya penyampaian imam tersebut mampu menyentuh hati setiap jemaah yang bertarawih di situ.

 Suasana begini mampu memberikan semangat kepada para pengunjung untuk terus berkunjung ke sini dan seterusnya menghidupkan suasana Ramadan.

p/s:- Aku gi balaisoh kat rumah aku je..dekat skit..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK