Wednesday, August 3, 2011

Selebriti Bolasepak



Salam,

Entri kali ni aku nak menyentuh pasal pemain bolasepak di Malaysia ni.Pemain bolasepak sekarang ni dah jadi macam selebriti.Maklumlah bila dah popular,tiap-tiap hari masuk tv dan suratkhabar.Semua orang kenal,mengalahkan artis la pulak.

Kisah peribadi hebat diperkatakan lebih daripada prestasi diatas padang.Bila dah jadi macam ni,lama kelamaan akan memberikan kesan tak baik kepada prestasi pemain tersebut.Pemain bolasepak ni,bila menang akan disanjung bagai wira,bila dah kalah akan dikutuk habis-habisan.Untuk peminat bolasepak pulak,sentiasa nak menang je.Yang berada diluar padang lebih pandai daripada yang bermain diatas padang.Pandai nak komen je.Kalau pandai sangat,bawa team sendiri turun padang pastu main.

Zaman kegemilangan untuk pemain bolasepak ni adalah waktu mudanya,pada masa ni mereka akan di puja,disanjung dan dijadikan idola.Jika prestasi diaorang baik di waktu mudanya,mereka akan dikenang sepanjang zaman.Jika tidak,mereka akan dilupakan dan dibuang begitu je.

Sokongan peminat akan berkekalan sekiranya player mengekalkan momentum dalam permainan dan sekarang ni mereka adalah contoh terbaik kepada golongan muda.Tapi jika mereka menonjolkan tingkah laku dan moral yang tidak baik,ianya akan menjejaskan sokongan peminat terhadap mereka.

Kemasyhuran dan populariti yang dinikmati pada hari ini tidak akan berkekalan jika pemain gagal mengekalkan disiplin didalam dan diluar padang.

~ Football is like life-it requires perseverance,self denial,hard work,sacrifice,dedication and respect for authority ~ Vince Lombardi

Calling all Malaysian on Facebook and Twitter!

Have the most glamorous Hari Raya!

Samsung is celebrating this Raya season with you.

2 comments:

Ayuni said...

betul...nnti menjatuhkn reputasi....

Puan Mami BooLuck said...

btoi btoi btoi...
haku sokong mu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK