Friday, October 7, 2011

Khairul Fahmi Che Mat longlai


PENJAGA gol utama skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) seakan longlai ibarat terkejut dengan serangan bertali arus pemain handalan bertaraf bintang, Australia pada aksi perlawanan persahabatan apabila dibelasah 5-0, semalam. 

Jika sebelum ini, hero Harimau Malaya itu bertindak cemerlang pada pertemuan berdepan Jepun pada saingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 baru-baru ini. 

Namun, kehebatan Apex selaku penjaga gol terbaik negara tercalar di Canberra. 

Di separuh babak pertama sahaja, Apek seolah-olah kaku, apabila melepaskan empat gol lawan, mungkin kerana masih terkedu dengan jaringan yang menerjah terlalu awal sebaik perlawanan baru berlangsung tiga minit. 

Namun, sebaik babak kedua bermula, Apex seperti mendapat tonik baru, berjaya menangkis beberapa serangan berbahaya lawan, sekali gus melegakan jutaan penyokong di negara ini. 

Bagaimanapun, kelalaian jentera pertahanan negara, menambah derita Malaysia yang terpaksa menyeka air mata sendiri menyaksikan keghairahan Australia berpesta jaringan di Canberra meraikan gol kelima.

p/s:- Cuba lagi.....


4 comments:

Bilal binti Robah said...

maybe dia tertekan kot.
hurm.

chii said...

next perlawanan ada lagi

akubiomed said...

Dah penat lah tuh

Zul Fattah said...

nerbes r tu.. retis kan skrang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK