BOLA sepak begitu kejam!. Itulah kata-kata yang boleh dirumuskan apabila gelaran juara yang sepatutnya disandang oleh Terengganu beralih kepada Negeri Sembilan pada aksi final Piala Malaysia edisi ke-85 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Skuad pimpinan Azraai Khor Abdullah bangkit dalam tempoh lima minit bagi memadam kelebihan awal yang dijaringkan Ashaari Samsuddin pada m-58 untuk mencatat kemenangan 2-1.
S Kunalan memulakan api kebangkitan skuad Rusa pada 10 minit terakhir permainan apabila meledak gol penyamaaan menewaskan penjaga gol Penyu, Sharbinee Allawee pada m-80 yang tersalah jangkauan di depan gawang.
Gol itu ternyata mengembalikan semula semangat pemain Negeri Sembilan yang sebelum ini agak tenggelam selepas jaringan pendahuluan pemain Terengganu.
Akhirnya, gol dicari-cari penyokong Hobin Jang Hobin menjelma dengan jaringan menarik Hairuddin Omar pada m-65 sekali gus memastikan Piala Malaysia diusung kembali ke Seremban.
Perlawanan penuh dramatik dan menarik itu berjaya menarik kira-kira 65,000 penonton yang mula hadir sejak jam 5 petang.
Bagi Terengganu, kekalahan itu tidaklah begitu mengecawakan kerana mereka berjaya memiliki koleksi Piala FA hasil kemenangan mengatasi Kelantan, Jun lalu.
sumber : sinarharian
p/s: Tahniah N9 dan Hairuddin Omar

No comments:
Post a Comment