Saturday, April 30, 2011

Mengumpat


As-Salam

Lelaki mengumpat! Macam tak sesuai je bunyinya.tapi realitinya 2 x 5 dengan perempuan.Lelaki dan perempuan sama je.Dua-dua suka mengumpat.

Sedar atau tidak,tiap-tiap hari kita mengumpat dan tiap-tiap hari kita buat dosa.Dosa mengumpat ni lebih teruk dari membunuh.Selagi kita tak minta maaf dengan orang yang kita mengumpat,selagi itulah dosa kita tak terampun.

Dek kerana dah biasa mengumpat,ianya tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Cara-cara nak mengelakkan diri dari diumpat dan mengumpat :-

1. Kena ada kesedaran diri.Jangat ingat kita ni bagus sangat.Ramai lagi yang bagus dan baik dari kita.

2. Jangan marah kalau kita diumpat.Sabar je lah

3. Orang yang diumpat mendapat pahala dari si pengumpat.Ucapkan terima kasih kepada si pengumpat sebab bagi pahala free.

4. Belajar ilmu tafsir! Rasai apa yang orang lain rasa jika berada di tempat kita.Kalau si dia rasa sakit hati,orang lain pun akan rasa macam tu jugak

5. Jauhkan diri dari aktiviti mengumpat.Jangan duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat.Itu pun dikira bersubahat.

Susah nak buang perbuatan mengumpat dalam diri kita.Sebabnya,setiap masa mesti ada saja benda yang nak diperkatakan mengenai orang lain.Benda ni lama kelamaan akan menjadi tabiat sebab dah terbiasa melakukannya.

p/s  dalam blog pun boleh mengumpat !!

Friday, April 29, 2011

Pergi Tak Kembali

(gambar hiasan)

As-salam

Malam jumaat baru ni,pulangnya My Beloved datuk ke Rahmatullah.Dia meninggal dunia jam 7.00 malam.Dah lama rasanya mata ni tak menitiskan air mata,tapi malam tu air mata mengalir deras dari mata aku.Suasana suram menyelubungi rumah arwah,sayu aku tengok sepupu kecil aku yang tak berhenti-henti menangis.Pertama kali aku merasa sedih yang teramat sangat kerana kehilangan orang yang tersayang.Sebak sungguh hati aku pada malam tersebut.

Semasa arwah dikafankan,aku teringat kembali zaman kecil dahulu.Arwah seorang yang baik hati dan lembut dengan cucu-cucunya.Jarang sekali aku tengok arwah marah dengan cucu-cucunya melainkan kalau yang nakal sangat.

Arwah pergi pada umur 80 tahun dan pernah diserang strok beberapa kali sepanjang hayatnya tapi aku tengok arwah ni sentiasa sabar dan tak pernah  merungut tentang penyakitnya.

Rasa menyesal sebab tak sempat nak berada disisinya disaat-saat kematiannya.Dulu masa kecil,sentiasa mintak dengan bapak aku nak pergi jalan-jalan dirumah arwah.Tapi,bila dah besar panjang,dah ada kerja,jarang sekali aku melawat arwah walaupun rumah aku dengan rumah arwah berdekatan je.
.
Wan Abdullah Bin Fatimah.Semoga Roh Kamu DiCucuri Rahmat dan Berada Dikalangan Orang Beriman..
Al-Fatihah.

Sekadar perkongsian bersama…

~Your Eyes Forever Glued To Mine~

Majlis Tindakan Membanteras Dadah


As-Salam.
Baru-baru ni di Kota Bharu,berlangsungnya mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua dan wakil-wakil dari semua agensi / organisasi berkaitan di peringkat Negeri, Daerah dan Bahagian;

Tujuan mesyuarat ini diadakan

1. Memantau dan memastikan penyelarasan pelaksanaan dasar, pelan tindakan, strategi dan program membanteras gejala dadah oleh semua agensi / organisasi berkaitan di peringkat Negeri, Daerah dan Bahagian;
2. Menubuhkan Jawatankuasa Khas jika perlu untuk melaksanakan sesuatu tugas yang ditentukan
3. Menilai prestasi dan mengenalpasti semua isu pelaksanaan di peringkat negeri dan merujukkannya kepada Jawatankuasa Bertindak yang berkenaan / Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Kebangsaan untuk penyelesaian
4. Mengemukakan laporan kemajuan secara berkala kepada Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah / Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Kebangsaan.

Nak membanteras penyalahgunaan dadah ni memerlukan penglibatan semua pihak dan memerlukan kerjasama dari orang ramai.Semua lapisan masyarkat perlu teribat sama kerana setakat pihak berkuasa sahaja tidak cukup.

Sekiranya tidak dikawal, keadaan akan  bertambah parah dan akan merugikan serta memberi kesan tidak baik kepada negara kerana kerajaan telah membelanjakan berbilion bagi menjalankan pelbagai program pemulihan melalui institusi, komuniti dan perubatan.

~Herbs is the healing of nation, Drugs is the destruction~

Sunday, April 24, 2011

Kelantan dan Gula


As-salam
Entri kali ni pasal orang Kelantan yang sukakan manis.Orang Kelantan memang sinonim dengan makanan manis.Senyuman orang Kelantan pun manis-manis jugak.Gula dan Kelantan memang tidak dapat dipisahkan.Tengok saje lah kuih muih kat sini,semuanya manis neting.Antara kuih-kuihnya ialah Butir Nangka,Tepung Bungkus,Buah Gomok,Nekbat dan Puteri Mandi.

Kenapa orang Kelantan sukakan manis?Zaman dahulu orang Kelantan kuat bekerja..berkebun,buka tanah.Dari mana datangnya tenaga kalau tak dari makanan yang manis-manis.Makanan yang manis banyak mengandungi tenaga untuk bekerja seharian.

Tapi sekarang dah lain,orang Kelantan sukakan makanan yang manis tapi melakukan kerja yang tak banyak mengeluarkan peluh.Anak-anak muda sekarang ramai yang dah bekerja dipejabat dan ramai yang dah berhijrah ke luar. Di Kelantan,teh tarik dan kopi yang dihidangkan masih terlalu manis walaupun pelanggan memesan minuman yang kurang manis.

Glukos yang berlebihan akan ditukar kepada insulin. Insulin yang tak digunakan akan terembes kedalam sistem penghadaman kita dan dikeluarkan masa kita buang air kecil atau sekarang orang panggil penyakit kencing manis or diabetis.

Nak makan manis-manis ni perlu berpada2 dan perlu dikawal dan senaman tu penting untuk memastikan tubuh sihat.

Thursday, April 21, 2011

Gian Marker Pen


As-salam

Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang,semua benda nak dihidu.Tak cukup dengan gam,petrol,sekarang ni  pen penanda @ marker pulak yang nak di hidu.

Harga pen marker yang lebih murah menyebabkan dan mudah diperolehi menjadi punca pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar. Caranya,diaorang akan menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksima dan tak kisah jika hidung mereka diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,

Tak perlu berbelanja besar untuk khayal,dengan harga RM3.50 hingga RM4 dah cukup untuk merasa khayal dan melepaskan gian.

Dalam marker pen ni ada bahan toksik xylene dan toluene yang menyebabkan bau marker pen ni agak kuat dan sukar untuk dihilangkan.

I admire anyone who rids himself of an addiction ~ Gene Tierney




Monday, April 18, 2011

Ranking FIFA 2011


Senarai terkini Ranking FIFA sehingga April 2011

1. Sepanyol
2. Belanda
3. Brazil
4. Jerman
5. Argentina
6. England
7. Uruguay
8. Portugal
9. Itali
10. Crotia

144. MALAYSIA


Malaysia sekarang ni berada di ranking 144.Agak-agak korang la kan bila Malaysia akan jadi Top 10.
10 tahun?20 tahun?30 tahun? Masa tu mungkin aku dah rabun dan dah tak larat nak pergi stadium tengok bola.Tapi sebagai rakyat Malaysia,aku optimis dan sentiasa berharap skuad pasukan kebangsaan akan setaraf dengan negara lain.

MALAYSIA BOLEH!!

Friday, April 15, 2011

Kelebihan Ada Anak



As-salam.
Entri kali ni pasal anak,bukan pasal anak kucing ataupun anak tekak.Bagi pasangan yang dah berkahwin,kehadiran anak/cahayamata pasti akan  menyerikan rumahtangga.Bagi yang belum ada anak,mungkin belum ada rezeki lagi.Entri kali ni pasal kelebihan ada anak.

1. Anak-anak membuatkan korang merasa bahagia.Bak kata Mikko Myrskyla “Anak  merupakan pelaburan jangka panjang dalam kebahagiaan”

2. Anak-anak meningkatkan harga diri korang.Korang mesti ada dengar “you’re  the best daddy in the whole world”.Ayat positif camni  boleh memberi pengaruh besar pada harga diri, membolehkan korang menyelesaikan benda yang korang rasa  mustahil untuk diselesaikan.

3. Orang bujang selalu cakap susah nak lepak dengan orang yang dah berkahwin dan ada anak.Kadang-kadang orang yang dah berkahwin akan menggunakan anak sebagai alasan untuk tidak keluar malam.

4. Anak-anak membuatkan bapa-bapa kelihatan seksi!Mana tak seksinya sebab dah terbukti kejantanan diaorang!

5. Anak membuatkan korang menjadi lebih bijak,Sebabnya anak-anak kecil selalunya akan tanya “kenapa benda ni macam ni?”,”kenapa mak dan abah selalu kunci pintu bilik tidur waktu malam jumaat?”.Membuatkan korang akan tercari-cari jawapan yang sesuai dan munasabah.

6. Anak-anak dapat menjimatkan cukai pendapatan korang.

7. Kajian menunjukkan pasangan yang ada anak,tekanan darah diaorang ni lebih rendah berbanding dengan pasangan yang belum ada anak.Tapi ini tak bermakna semakin ramai anak,semakin rendah darah korang.Silap haribulan kena high blood pressure!



Thursday, April 14, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


As-Salam,

Entri kali ni pasal Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. 

Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan. 

Setiap penerima APC dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Penerima anugerah juga mungkin diberi peluang untuk memajukan kerjaya dan mungkin dicalonkan untuk menerima anugerah kebesaran di peringkat Persekutuan dan Negeri. 

Aku nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan sekerja yang dapat anugerah tersebut.Semoga terus cemerlang dan memberikan perkhidmatan yang terbaik secara berterusan. Yang belum dapat,mungkin belum rezeki korang..



Monday, April 11, 2011

Temuduga Kerajaan

As-Salam.

Entri kali ni aku nak kongsi tips temuduga kerajaan@ gomen.Entri kali ni berdasarkan pengalaman aku masa aku pergi interview dulu.Sekadar berkongsi pengalaman.

1.Pakaian masa temuduga,pakai pakaian putih dan seluar slack hitam.Untuk temuduga gred pegawai,digalakkan pakai blazer dan tali leher. Panel temuduga terdiri dari wakil SPA dan wakil jabatan dan gred diaorang ni 44 keatas.Jaga kelakuan dan bagi ‘first impression’ yang baik.

2.Pastikan sijil2 korang dah disahkan masa pergi temuduga.kalau tak kelam kabut masa temuduga nak mencari orang untuk sahkan sijil.

3.’Google’ sebanyak mungkin tentang jawatan yang ditemuduga.Pastikan korang tahu skop dan bidang tugas pekerjaan.Jangan duk hafal nama menteri je.Kalau rajin pergi lah tanya mana-mana orang yang dah bekerja dan tanya kerja apa yang diaorang buat.Pastikan korang ambil tahu pasal isu-isu semasa.Jangan duk amik tahu pasal artis dan hiburan je.

4.Pastikan korang datang awal masa hari temuduga.’First come,first serve’

5.Walaupun korang ada degree/diploma,aku nasihatkan korang mintak jawatan yang rendah dulu.Tak rugi sebab korang akan belajar dari bawah.Bila dah naik pangkat jadi pegawai nanti,korang akan faham bagaimana kerja orang bawahan.

5.Yang ni last sekali,gunakan kabel2 yang ada pada korang.Tak kira la kabel besar ke kecik,yang ni mungkin dapat membantu anda.Tapi perlu diingat,kalau tak guna kabel pun,kalau dah itu rezeki korang insyallah akan dapat

Pengalaman aku dah banyak kali temuduga,Alhamdulillah aku dah dapat dan sekarang ni dah masuk 3 tahun aku berkhidmat sebagai kakitangan awam.

Saturday, April 9, 2011

Duit oh Duit


As-salam

Duit bukan segala-galanya tapi semua benda memerlukan duit.Duit sentiasa tak cukup dalam poket.Dapat gaji tinggi pun tak cukup jugak.Semakin besar gaji dapat,semakin tinggi lah perbelanjaan korang.Nafsu membeli melebihi segala-galanya.Kalau ikutkan hati,semua benda nak dibeli.

Kalau korang pergi kerja naik kereta kancil,jangan tengok orang yang naik Merc ataupun BMW.Cuba tengok orang yang naik motorsikal.Ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.Jangan tengok orang yang lebih mewah dari kita,tengok orang yang lebih susah dari kita.Bersyukur dengan apa yang ada,kalau dah rezeki kita setakat pakai kereta kancil,bersyukur je lah.Sekurang-kurangya dapat jugak berteduh dari panas dan hujan.

Tapi kalau nak sesuatu,kena la usaha.jangan jadi pemalas macam aku ni..Tidur je ZZzzzzZZZ

~I'm such a lazy writer~


Friday, April 8, 2011

Pil Haram





As-Salam

Entri yang lepas,aku cite pasal pil kuda.Entri kali ni sambungan pasal pil kuda.Gambar kat atas tu kesan pengambilan pil kuda @ meth.Dulu muka hensem,cantik tapi selepas beberapa tahun duk makan pil kuda ni,muka dah jadi muka pecah rumah.

Aku cadangkan nama pil kuda ni ditukar.Kita panggil pulak Pil Bab! ataupun pil Anjing.Biar terasa sikit 'keharaman' benda ni.Budak-budak sekarang makin dilarang makin nak dihisap.Ikut sedap mulut je..
Kepada yang berminat nak cuba pil kuda ni,sebelum korang try,cuba korang 'google' dulu kesan dan akibat pengambilan pil kuda ni.Kalau nak cuba jugak,tu korang punya pasal.

Bila dah ketagihan tahap melampau,ada yang sanggup pukul mak bapak kalau tak dapat pil haram ni.Penjualan pil kuda ni dah berleluasa tak kira dibandar ataupun diluar bandar,pastu pulak masalah sosial banyak berlaku.Ragut,curi kabel,pecah rumah,curi motor!!

Dulu Komunis Musuh No. 1 Negara,sekarang Dadah Musuh No. 1 Negara

Wednesday, April 6, 2011

SYAITAN


As-salam,

Sharing is Caring.Entri aku kali ni entri 'copy paste' yang aku dapat dari emel aku.Entri kali ni pasal Syaitan Laknatullah.Makhluk Allah yang kerjanya menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam A.S sehingga hari Kiamat.

Banyak kelebihan Syaitan berbanding manusia yang kita tak tahu.

1. Pantang menyerah
Syaitan tidak mudah menyerah selagi keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh.

2. Selalu Berusaha
Syaitan akan mencari apa cara pun untuk menggoda manusia dan agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia suka rilek, ramai yang malas. Sebab tu ada pepatah di kalangan student belajar biar ciput, result biar ribut

3. Konsisten
Syaitan dari diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluh dan tidak berpuas hati dengan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang mengaggur.

4. Sepakat
Syaitan tidak pernah saling menyakiti, saling menjatuhkan, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, suka menjatuhkan,kedekut ilmu, busuk hati , tidak peduli sesama sendiri malah sering berbunuhan sesama sendiri.

5. Genius
Syaitan itu paling pintar mencari jalan supaya manusia tergoda. Sedangkan manusia ramai yang tidak kreatif, bahkan ramai yang jadi peniru dan plagiat.

6. Tidak berkira.
Syaitan bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan imbuhan apapun. Sedangkan manusia  apapun harus dibayar.

7. Suka berteman
Syaitan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar ramai kawannya di neraka kelak. Sedangkan manusia memilih kawan, tengok status, mementingkan diri sendiri dan ego.



Full credit to selatanonline


p/s terbaca entri pasal 'copy paste'/plagiat dari seorang blogger..
Entri kali ni bukan penulisan dari aku tapi aku rasa nak kongsi la kalau citer pasal setan nihhh!!



Monday, April 4, 2011

Gambar di Header Blog

 

As-Salam.

Kebanyakan blogger sekarang akan letak gambar diri sendiri diheader.Header yang menarik dan cun melecun akan menjadi penyeri blog tersebut.Secara tak langsung,kita juga akan mengenali tuan punya blog tersebut.

Kalau yang perempuan punya,mesti gambar posing kiut miut dan gaya sopan-santun,Bagi yang lelaki pulak,gambar posing maut macho dan pakai spek mata ala-ala Top Gun.Suka hati la nak letak gambar apa pun asalkan ianya tak menyinggung perasaan orang lain dan bergantung atas kreativiti masing-masing.Tapi ada juga blogger yang tak letak gambar dan takde gambar langsung pun ade.Kebanyakan blog yang banyak gambar ni blog yang jenis personal.

Kenapa aku tak letak gambar aku dalam blog?Sebabnya aku tak sehensem Farid Kamil,tak sekacak Remy Ishak dan tak semacho Fahrin Ahmad..:p

Opss..entri kali ni bukan tutorial camne nak letak gambar di header blog ye...

Friday, April 1, 2011

Facebook/Twitter/Blogger




As-Salam

Facebook/Twitter/Blogger.

Aku dulu peminat setia Facebook.Aku antara manusia2 yang gila ‘update’ status diFacebook.Aku jugak gila main mafia war kat Facebook.Kat Friend list aku dulu ada seribu lebih dan 80% aku tak kenal.Kebanyakannya mamat dan minah saleh yang gila main mafia war.Tapi sekarang ni aku dah tak main mafia war dan aku dah jarang update status diFacebook.Aku dah delete kawan kat friend list dan skang ni tinggal seratus lebih je.Sikit je rupa2nya kawan2 aku.Bak kata Brian Molko dari Placebo ‘Got No Friends,Got No Lover’.Sesiapa yang sudi nak berkawan secara alam maya dengan aku.Add aku facebook.com/Hakim LoLx

Sekarang ni pulak, aku dah beralih ke Twitter.Laman sosial yang lebih sesuai bagi mereka yang ‘suka’ update status mereka every waking minutes!!. Twitter  ni laman sosial berbentuk micro (simple blog) dan gunakan konsep ‘following’ dan ‘follower’.Aku gunakan twitter untuk share post terbaru blog aku.Siapa yang takde lagi akaun twitter boleh daftar di twitter.com dan siapa yang dah ada sudi2kan la follow aku twitter.com/lookmanhackem

Sambil bertwitter,aku juga jadi blogger separuh masa.Aku berbelog ikut suka hati aku dan hanya menulis bila idea datang.Bila idea takde,aku duduk diam2 dan buat kerja hakiki aku.Bila dah takde idea sangat,aku blogjogging cari blog2 yang menarik untuk dibaca.Antara blog kesukaan aku blog How's Life About 
Tuan punya blog ni nama dia Cik/Puan Chii.Aku pun tak tahu status Chii ni,Cik or Puan.aku suka blog dia sebab blog dia ada macam2,menarik dan santai dan Chii ni jugak salah seorang pengomen tegar blog aku.Thanks Chii..

Blog aku BUKAN blog pasal tutorial,politik dan lucah.Blog aku berkisar tentang pandangan aku dan perkara2 yang berlaku disekeliling aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK