Monday, September 12, 2011

Zaman Gelap Fernando Torres



FERNANDO Torres bakal berhadapan zaman kegelapan dan kemungkinan tidak tersenarai dalam kesebelasan utama aksi Liga Juara-juara, selepas kegagalannya menamatkan kemarau tanpa gol sejak tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris, bermula. 

Torres juga berkemungkinan kehilangan tempat pada aksi menentang Manchester United, Ahad depan. 

Sejak kedatangannya ke Chelsea, Januari musim lalu, Torres sekadar menjaringkan satu gol, sekali gus menambah resah jurulatihnya Andre Villas-Boas yang tidak mahukan The Blues mata berharga. 

The Blues bakal berhadapan Bayer Leverkusen, esok dalam aksi pertama Liga Juara-Juara sebelum turun menentang Manchester United.

p/s:- Peminat Chelsea..We'll keep the blue flag flying high

Sunday, September 11, 2011

Safee Sali,David Beckham Malaysia



PENYERANG berbisa Harimau Malaya, Safee Sali mencatat sejarah tersendiri apabila, berjaya mencuri perhatian kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City. 

Meskipun menjalani latihan bersama skuad milik ahli perniagaan dari Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee, Safee muncul pemain pertama melangkah jauh dalam arena bola sepak negara. 

Beliau yang bertolak ke England awal pagi semalam, memikat hati pengurus Cardiff sekali gus memberi peluang buat Safee menjalani latihan di sana. 

Kehebatan Safee turut mendapat perhatian daripada jurulatih Queens Park Rangers (QPR), Neil Warnock yang menyifatkan Safee sebagai David Beckham Malaysia.

p/s:-Harimau Malaya...Aummmm..

Friday, September 9, 2011

Poland Next Top Model Michalina Manios mempunyai dua jantina

Michalina Manios yang berumur 22 tahun mengaku yang dia adalah khunsa(hermaphrodite) telah mengejutkan ramai pihak  terutamanya juri-juri Poland Next Top Model.Michalina memutuskan untuk menjadi perempuan 4 tahun lalu dan menjalani  pembedahan kerana  merasakan dirinya lebih feminim.






p/s:- Cantik...-___-''


Patung Amy Winehouse (Topless)

A tribute to Amy Winehouse




Lelaki Muda,Perempuan Tua

Usia tak menjadi penghalang!!

Justin Bieber 17,Selena Gomez 19
Brahim Zaibat 24,Madonna 53

Nick Cannon 30, Mariah Carey 41
eva mendes 37 , Ryan Gosling 30
demi moore 48, Ashton Kutcher 33
Mek Wook 108,Moh Noor 40

Thursday, September 8, 2011

Iraq berlakon,Singapura Kecewa



PENYERANG Singapura, Aleksandar Duric kecewa pasukannya tewas dan menyelar sikap Iraq yang melengah-lengahkan masa, selepas mendahului perlawanan 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Jalan Besar, kelmarin. 

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Radojko Avramovic, terperosok ke tangga tercorot Kumpulan A, sekali gus muncul sebagai pasukan tunggal yang gagal mengutip sebarang mata. 

Kekalahan terbaru itu, muncul selepas The Lions tewas 1-2 pada perlawanan pertama Kumpulan A, menentang China, minggu lalu. 

“Ini merupakan taktik biasa yang diamalkan pasukan dari Timur Tengah. 

“Bila berjaya mendahului lawan, akan ada sahaja pemain mereka yang cedera dan tergolek di atas padang,” katanya. 

Bagaimanapun, ketidakpuasan hati pemain berasal dari Bosnia itu, bagaikan terkena batang hidung sendiri kerana mereka juga mengamalkan taktik yang sama ketika bertemu Malaysia pada pusingan kedua kelayakan di Bukit Jalil, Julai lalu. 

Kelmarin, anak buah Zico mempamerkan semangat juang tinggi menundukkan Singapura 2-0 menerusi jaringan Ala’a Abdulzehra pada minit ke-49 dan Younis Mahmoud lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan

p/s:- HUKUM KARMA!!!.

Wednesday, September 7, 2011

Safee Sali ke Cardiff City



PENYERANG berbisa Harimau Malaya, Safee Sali secara rasminya menerima jemputan untuk menjalani ujian penuh bersama pasukan kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City FC. 

Menurut kenyataan dipetik dalam laman rasmi Facebook, (SafeeSali_10 Official) semalam, Safee akan terbang ke United Kingdom minggu depan dan menjalani ujian selama dua minggu. 

Kenyataan itu juga menyebut, bekas pemain Selangor itu sudah memohon surat pelepasan daripada majikannya, Pelita Jaya FC dan masih menunggu keputusan berkenaan. 

Jika semuanya berjalan lancar, hero Harimau Malaya itu akan berangkat pada 12 hingga 27 September ini. 

Sesungguhnya, perkembangan ini adalah satu penghormatan dan sejarah buat pasukan bola sepak Malaysia selepas beliau muncul pemain tempatan pertama beraksi di Liga Super Indonesia, Februari lalu. 

Bersama Pelita Jaya, Safee berjaya meledak tujuh gol dalam 13 penampilan untuk membantu kelabnya itu keluar daripada zon penyingkiran. 

Ketika mewakili pasukan The Red Giants, Safee memenangi Piala Liga Super sebanyak dua kali pada 2009 dan 2010. 

Tahun lalu, dia menjadi watak terpenting dalam pasukan kebangsaan merangkul gelaran Piala Suzuki AFF buat pertama kali dalam sejarah sejak dipertandingkan pada 1996 di Thailand.

Kekasihku Biawak


Love is a friendship caught on fire!!!

Monday, September 5, 2011

Pemain All Blacks dilarang guna Twitter dan Facebook




DALAM langkah memulakan kempan Piala Dunia Ragbi 2011, pemain All Blacks telah diharamkan menggunakan twitter dan facebook sepanjang kejohanan tersebut. 

“Saya tidak tahu jika saya boleh melakukannya namun saya akan berjuang melalui larangan itu dan bukannya mencipta nama samaran untuk mengakses akaun facebook atau twitter,” kata pemain All Blacks, Cory Jane. 

“Saya akan mematuhi peraturan dan hanya akan memeriksa setiap 10 minit. Saya tidak mahu ditendang keluar dari perlawanan ini,” katanya. 

New Zealand akan memulakan pembukaan perlawanan menentang Tonga pada Jumaat ini di Eden Park, di mana mereka tidak pernah dikalahkan di sana sejak tahun 1994.

p/s:-Pemain Malaysia pun kena buat macam ni jugak.

Penagih Dadah






Bila sebut je pasal penagih dadah,secara tak langsung mereka ini akan dilabel sebagai penjenayah.Bila sebut je penjenayah,perbuatan merompak,mencuri dan menyamun akan terlintas difikiran kita.

Sukar nak kikis mentaliti masyarakat kita yang sering menganggap penagih itu penjenayah.Tak semua penagih adalah penjenayah dan sebaliknya.

Nak rawat ketagihan dadah ni bukan kerja senang.Sedangkan yang hisap rokok pun sukar nak berhenti,inikan pula nak berhenti dari hisap dadah.

Kita sering tengok dan dengar cerita tentang penagih dadah yang keluar masuk Puspen (Pusat Serenti).Nak rawat ketagihan dadah ni macam nak rawat penyakit-penyakit lain jugak.Ianya memerlukan masa yang panjang dan proses secara berterusan untuk pulih.Begitu juga dengan penagih dadah.Bila keluar dari Puspen tak semestinya mereka pulih dengan sepenuhnya,banyak lagi cabaran dan dugaan apabila bila mereka keluar nanti.Hanya mereka  yang mempunyai semangat dan motivasi tinggi sahaja dapat pulih.

Penagih zaman sekarang tak macam penagih zaman dahulu,penagih dulu layan heroin,morfin dan ganja je.Setakat layan lentok je lah.Masa tu diaorang dipanggil ‘mayat hidup’ atau ‘bangkai bernyawa’.

Penagih zaman sekarang ni agresif. Diaorang guna pil kuda @ methamphetamine, syabu, ectasy.Jenis dadah yang digunakan adalah jenis dadah sintetik dan dicampur dengan bahan-bahan kimia lain.senang cerita,dadah jenis ini akan serang urat saraf,otak dan psikologi seseorang.Ianya menyebabkan halusinasasi(dengar orang berbisik),sampaikan ada yang sanggup bunuh/sembelih keluarga sendiri.

Yang paling menyedihkan,kaum melayu mencatat majoriti tertinggi sebagai penagih dadah.

p/s:- Grab your drugs.Time to go to hell!!

Thursday, September 1, 2011

Lionel Messi kahwin senyap-senyap




Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi dikatakan sudah berkahwin dengan kekasihnya, Antonella Roccuzzo baru-baru ini di Ibiza selepas dilihat memakai cincin perkahwinan semasa percutian terbaru mereka. 

Namun, ahli keluarga Messi menafikan laporan yang tulis dalam laman Twitter pengulas bola sepak Argentina, Marcelo Araujo. 

Walaupun masih tiada pengesahan rasmi, Araujo tetap mempertahankan laporannya itu dan berjanji akan menutup akaun Twitternya jika berita tersebut benar palsu. 


Taktik terdesak Platini






Terdapat satu cara bagaimana Presiden UEFA, Michel Platini menarik perhatian orang ramai supaya bersimpati dengannya sekali gus, memberikan sokongan padu ke atas kariernya.

Berpura-pura masuk ke hospital dengan alasan terkena serangan jantung dan ia bukanlah satu cara hebat, tetapi malangnya hanya itu yang mampu difikirkan Platini.

Ingin diingatkan di sini Encik Platini, anda bukanlah terkena serangan jantung, tetapi hanyalah selesema biasa malah, dengan cara itu bukan ‘peminat’ yang ada di sisi tetapi hanyalah perasaan menyampah orang ramai terhadap cara murah anda menarik simpati.


p/s:- Attention seeker!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK