BEIJING - Dalam masa beberapa tahun lagi, lif terpantas di dunia di bangunan pencakar langit, Burj Khalifa bakal kehilangan statusnya selepas syarikat Mitsubishi menunjukkan reka bentuk teknologi baru yang sedang dalam pembinaan di Shanghai Tower di China.
Ia direka dalam bentuk aerodinamik dan boleh mencapai kelajuan 65 kilometer (km) sejam berbanding 42 km sejam di menara Burj Khalifa di Dubai itu.
Pelbagai mekanisme yang terdapat dalam lif canggih tersebut juga berfungsi untuk mengurangkan getaran dan kawalan terhadap tekanan udara supaya ia tidak memberi kesan kepada pendengaran pengguna.
Shanghai Tower setinggi 632 meter dan 128 tingkat itu dijangka dibuka kepada orang ramai pada 2014.
p/s:-Don't try to go too fast...slow2..

2 comments:
makin tgi makin laju :)
ade dengar pasal kelajuan lift yang dorang perkatakan nie..tapi tatau laa ape effect nanti kat penumpang kat dalam tu..hehe
Regards,
-Strider-
Post a Comment